Wednesday, 21 December 2011

3D animation by zeitguised


The Zoo from zeitguised on Vimeo.

1 st time tengok macam nak terkumat-kamit mulut ni.. Speechless..

Animasi Logo SyFy


Proud Creative, SyFy Logo 1 from Proud Creative on Vimeo.


Proud Creative, Syfy Logo 2 from Proud Creative on Vimeo.


Proud Creative, Syfy Logo 3 from Proud Creative on Vimeo.


Proud Creative, Syfy Logo 4 from Proud Creative on Vimeo.


Proud Creative, Syfy Logo 5 from Proud Creative on Vimeo.


Proud Creative, SyFy Logo 6 from Proud Creative on Vimeo.

Beberapa siri animasi logo yang dihasilkan oleh Proud Creative team. Sesuai dijadikan bahan rujukan kepada anda yang ingin menghasilkan intro montaj! Enjoy!

Coke 3D animation by Jason Conradt


Coke Happiness Factory 2 from Jason Conradt on Vimeo.

Tidak berapa pasti samaada video ni adalah sebahagian kempen pengiklanan "Coke". Tapi rasa macam cool gila 3D animation yang dihasilkan oleh Jason Conradt ni! Enjoy!

Wednesday, 14 December 2011

Makanan Yang Mewakili Negara Masing-Masing

Australia

Brazil
France
India
Italy
Japan
Lebanon
South Korea
Spain
Switzereland
Vietnam

Definisi Poster

Poster ialah suatu bentuk rekaan grafik yang melibatkan tipografi, ilustrasi, warna dan reka letak yang digubah untuk menyampaikan maklumat secara mudah. Poster merupakan satu elemen dalam promosi, kempen  dan sebagainya. Kebiasaannya, rekabentuk  poster bersifat 2D meliputi bahan yang  dilukis, dicat, ditulis atau dicetak. 

Poster selalunya digunakan bagi promosi untuk mempamerkan produk syarikat, aktiviti masyarakat, kempen oleh pihak kerajaan dan sebagainya. Ia biasa dilihat ditampal pada dinding dan digantung di sekolah, di pejabat dan di tempat awam yang lain. Sebagai contoh, poster dapat menonjolkan keistimewaan mesej kemasyarakatan dan pengiklanan untuk ditontonkan di tempat menunggu bas misalnya. Antara pereka grafik terkenal di Amerika dan Eropah yang menghasilkan poster yang menarik dan bertaraf dunia seperti Oskar Kokoschka dan Ben Shehn.
                
Poster adalah dalam bentuk dua dimensi, format halaman yang berasingan digunakan untuk mempamerkan maklumat, data, jadual atau tawaran dan juga mempromosikan kepada masyarakat tentang sebab, tempat, produk, syarikat, penyelenggaraan dan organisasi yang hendak disebarkan kepada umum. Kebanyakan poster digantungkan di tempat-tempat awam supaya senang dilihat walaupun dari jarak jauh. Poster sangat penting untuk mengingat dan menarik perhatian masyarakat di sesuatu tempat seperti pada billboard, papan tanda dan lain-lain visual. Poster yang dianggap berjaya adalah poster yang dapat menyampaikan mesej dengan jelas kepada masyarakat.

Visual pada poster adalah sebuah rekabentuk yang seimbang dalam jangka masa tertentu yang menunjukkan skala ruang positif dan negatif. Saiz imej yang diguna haruslah memberi kesan kepada sesebuah hasil rekabentuk yang menarik. Melalui pemahaman skala, ia akan memberikan pereka satu siri dalam membuat ilusi tentang kedalaman dari segi ruang, membuat kejutan dan membuat visual dinamik atau kepelbagaian. Poster mungkin direka hanya menggunakan tipografi atau kombinasi visual dan visual itu mungkin berbentuk abstrak, piktograf, simbolik, ilustrasi, visual grafik, fotografi atau kolaj atau campuran atau kepelbagaian. Merekabentuk poster adalah suatu cabaran dalam proses penyampaian mesej komunikasi yang berkesan.      

Jenis-jenis Poster
i.            Dekoratif
ii.           Kreatif dan artistik
iii.         Perkhidmatan awam
iv.         Hiburan
v.          Pameran dan pertandingan
vi.        Sukan 
vii.      Iklan dan promosi
viii.    Media dan teknik percetakan

Sejarah Poster
Bermula dengan penciptaan mesin cetak (1476), ciptaan Guttenberg diperkenalkan oleh  Caxton di England. Poster pertama dihasilkan ‘Cuparas’ yang berfungsi sebagai media penyebaran maklumat. Poster yang awal wujud bersama-sama dengan perkembangan industri percetakan pada abad ke 15 di Eropah dan hanya menggunakan susunan huruf semata-mata.

        

Poster yang menggunakan ilustrasi mula wujud pada abad ke-17 apabila munculnya teknik cetakan litografi. Pada masa ini juga teknik ‘ukiran kayu’  diperkenalkan  bagi poster ilustrasi. Pelukis-pelukis yang aktif dalam penghasilan poster ketika itu termasuk Honore Daumier (1808-1974) , Jules Cheret (1836-1932) Henri de Toulouse-Lautrec (1864-1901) dan Pierre Bonnard  (1867-1974). Fungsi poster pada ketika itu kebanyakannya digunakan untuk propaganda dan pemberitahuan selain daripada fungsi  pengiklanan. Pada tahun 1796, teknik ‘litografi’ yang pertama telah dihasilkan oleh Senefelder. ‘LA BISHE AU BOIS’ dihasilkan oleh Jules Charet (1876) dianggap poster litografi berwarna  yang paling menarik dan moden. 


Sejarah Perkembangan Poster di Perancis


Henri de Toulouse-Lautrec, mempunyai pengaruh kuat ke atas poster moden. Beliau memahami bahawa poster adalah salah satu alat komunikasi. Henri menterjemahkan ideanya kepada teknik seni cetak litografi. Poster-posternya dianggap kreatif dan inovatif dan dapat dihayati oleh orang awam di Perancis dan Paris. Poster Henri de Toulouse- Lautrec memaparkan penyanyi Kabaret dan penari Jane Avril (1893). Gaya dan rekabentuk poster berwarna mempunyai pengaruh besar terhadap perkembangan seni reka grafik di abad ke-21.


Sejarah Perkembangan Poster di Jerman

Di Jerman, penggunaan litografi dalam poster begitu ketara penonjolannya serta pengolahan yang radikal.Ini menunjukkan bahawa dalam rekabentuk , tipografi seharusnya berbentuk terang & jelas.Ciri-ciri ini penting dalam menggunakan poster sebagai media untuk berkomunikasi. Ini jelas ditunjukkan oleh pelajar-pelajar dan mereka yang mengikut fahaman pergerakan Sekolah Bauhaus (1919). Laszlo Maholy-Nagi (1895-1946) menganggap poster yang baik harus mempunyai ciri-ciri yang dinyatakan di atas. 


Serigrafi atau cetak sutera-saring merupakan satu- satunya teknik menghasilkan poster popular, ia bersifat imaginatif serta memberi impak terhadap audien. Serigrafi sesuai untuk produksi berganda khusus terhadap imej yang menggunakan ruang warna yang rata. Penggunaan photo silk-screen untuk reka bentuk poster telah memberi nafas baru & menaikkan taraf serta nilai estetika & kreativiti. Poster iklan merupakan satu bentuk iklan yang mudah dan tepat.

 
Perkembangan Rekabentuk Poster di Malaysia


Kehadiran poster di negara ini dianggap bermula semasa pemerintahan Jepun yang pada masa itu menggunakan poster sebagai alat penyebar maklumat secara khusus untuk tujuan propaganda disebarkan kepada seluruh rakyat. Poster yang ringkas dengan satu warna sahaja berukuran kira-kira 12’x 15’ di tampal di rumah-rumah dan pokok serta bangunan tertentu. 


Kemasukan British ke Malaya dan zaman darurat memperlihatkan lagi perkembangan rekabentuk poster yang dianggap lebih dinamik dan berkesan dari segi persembahan dan mesej. Kempen menyeru rakyat agar menyertai anggota tentera British melawan tentera Jepun dan Komunis tersebar luas di seluruh negara berseiringan dengan poster di Amerika yang popular dengan imej ‘Uncle Sam’. 


Fungsi Poster


i) Poster digunakan untuk pengiklanan (produksi)
Poster digunakan untuk mengiklankan barang dan perkhidmatan. Biasanya poster digunakan untuk mengiklankan produk-produk yang terdapat di pasaran. Perkhidmatan sesuatu syarikat juga diperkenalkan kepada orang ramai melalui poster. Sebagai contoh poster digunakan untuk mengiklankan produk makanan. Selain itu poster juga  digunakan dalam akademik untuk menerangkan dan mempromosikan hasil kajian yang biasanya ditunjukkan semasa persidangan sebagai pengenalan awal.


ii) Poster untuk tujuan komersial
Poster digunakan untuk mempromosikan filem dan persembahan dalam dunia hiburan dan juga mempromosikan acara-acara  yang dianjurkan seperti acara sukan atau acara rakyat.


iii) Poster sebagai alat hebahan propaganda (politik)
Poster juga digunakan untuk menghebahkan  suatu mesej, fahaman atau pun propaganda. Selain itu ia juga digunakan untuk menyebarkan fahaman politik.


Revolusi Produk Apple

Hadiah untuk peminat-peminat produk Apple! Right Click gambar dan open in new tab untuk paparan penuh! Terbaik ni! Enjoice!

Tuesday, 13 December 2011

Infografik Kerenah Pekerja Advertising Agency



Berikut adalah antara gambaran kerenah pekerja-pekerja advertising agency! LOL Enjoy! Betul atau tidak anda menilainya sendiri! Kalau rasa gambar kecil sangat boleh zoom "Ctlrl + Scroll up" dan jika nak kembali ke view asal "Ctrl + Scroll down"

Monday, 12 December 2011

Di Sebalik Tabir Vancouver Winter Olympic 2010



Kali ini ingin berkongsi tentang proses menghasilkan identiti serta panorama bagi sebuah temasya sukan yang dianjurkan oleh negara Canada. Video ini menerangkan bagaimana panorama design sesebuah temasya sukan dihasilkan bermula dari pemilihan konsep, warna, subject matter dan lain-lain. Diharapkan video ini akan menjadi input yang berguna kepada anda yang ingin memulakan sesebuah kempen atau projek yang mana kajian itu penting dalam menghasilkan sesuatu identiti. Enjoy!

Sunday, 11 December 2011

Konsep Masa Hadapan Microsoft



Ini adalah antara konsep yang Microsoft perkenalkan. Membuatkan pengguna tidak perlu hanya duduk dihadapan komputer atau tablet sahaja malah pengguna boleh akses dimana sahaja dan ianya menjadi sebahagian dari rutin kehidupan dan pasti rutin kehidupan manusia akan berubah! Enjoy!

Saturday, 10 December 2011

Pandurama Art Gallery Tv Promo! { Art is now affordable }



Sudah menjadi lumrah kepada Rakyat Malaysia yang memikirkan bahawa seni itu eksklusif dan hanya mampu dimiliki oleh sesetengah golongan sahaja. Disebalik kemegahan galeri-galeri seni yang wujud di Malaysia sejak sekian lama, Pandurama Art Gallery muncul dengan membawa slogan "Art is now affordable" yang membawa maksud, seni kini mampu dimiliki oleh semua golongan tidak mengira peringkat kemampuan. Penghasilan TV promo ini selaras dengan misi galeri ini iaitu "bringing inspiration to your space" tidak mengira latar belakang seseorang. Dalam erti kata yang lain galeri ini ingin merakyatkan seni!

Tesco berubah kepada Homeplus



Disebalik kegairahan Hypermarket-hypermarket besar bersaing melalui perbandingan harga, Tesco di South Korea mengambil langkah yang berbeza iaitu bersaing dengan menghasilkan satu sistem pembelian yang memudahkan pengguna tempatan, membeli barangan harian dimana sahaja, tidak perlu ke hypermarket! Ini merupakan langkah marketing yang bijak dengan tidak hanya mengikut trend semasa, akan tetapi menggunakan cara lain untuk bersaing dengan hypermarket yang lain. Moga ini juga menjadi inspirasi dalam kita menghasilkan sesuatu kempen yang berkesan serta "out of the box". Enjoice!

Thursday, 20 October 2011

Kertas

Kertas merupakan material yang penting dalam proses penghasilan printed design. Akan tetapi ramai diantara anda tidak mengetahui dengan lebih terperinci tentang kertas yang ada di pasaran. Pemilihan kertas yang sesuai bagi proses production amatlah penting bagi menjimatkan kos serta menghasilkan artwork yang bersesuaian dengan kehendak pelanggan. Di sini ingin dikongsi serba sedikit tentang kertas serta serba sedikit finishing yang sering digunakan bagi mendapatkan effect yang lebih berkualiti.

Simili paper:
60 gsm
70 gsm
80 gsm

Art paper:
128 gsm
157 gsm
260 gsm


Art card:
230 gsm
260 gsm
310 gsm


Finishing:
Matte lamination
Gloss lamination
Spot UV
Emboss
Hot stamp


Jika ada kesilapan atau penambah-baikan sila comment dan akan diedit kemudian, terima kasih.

Wednesday, 19 October 2011

Panda Cheese TVC



Ini adalah antara pengiklanan TVC yang dihasilkan oleh pemikiran luar kotak. Terdapat unsur humor yang dapat menarik minat penonton untuk rasa terhibur seterusnya ingin tahu lebih lanjut tentang produk tersebut. Pemilihan model panda mewakili brand name panda adalah pilihan yang tepat agar nama panda tersebut mudah diingati oleh penonton. Moga terhibur!

Tuesday, 18 October 2011

Apa sebenarnya Graphic Design ?



Saban hari anda sering memperkatakan tentang Graphic Design atau dalam bahasa melayunya Seni Reka Grafik, akan tetapi adakah anda benar-benar tahu atau erti kata lain, memahami maksud sebenar istilah tersebut?

Graphic Design bermaksud: Proses dan seni yang menggabungkan text dan grafik serta menyampaikan mesej secara berkesan melalui logo, brochures, flyers, poster dan medium komunikasi visual yang lain. Dunia teknologi pada hari ini, Designer sering menggunakan desktop publishing software dalam menghasilkan hasi Seni Reka Grafik dalam mencapai matlamat yang ingin disampaikan kepada audience.

Dalam erti kata lain, Graphic Design adalah proses menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pelanggan yang memerlukan kreativiti, inovasi serta kepakaran teknikal, dalam memahami produk atau servis dan matlamat pelanggan, pesaing serta target audience, dan diterjemahkan dalam bentuk kombinasi warna, bentuk, gambar, ruang dan tipografi.

Peluang pekerjaan yang melibatkan Graphic Design:


Design / Creative Directors

Art Director

Design / Project Manager

Senior Graphic Designer
Intermediate Graphic Designer

Entry Level / Junior Graphic Designer

Office Manager

Print Production Manager

Web Designer

Web Developer

Web producer / Manager

Brand Strategist / Consultant

Graphic Design Educator

Copywriter


sumber : http://www.design-lib.com
http://www.agda.com.au

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...